#LensaFINAS

Dana Inspirasi merupakan Inisiatif rangsangan ekonomi kreatif untuk syarikat produksi tempatan bagi dana penerbitan kandungan kreatif pelbagai format/kategori yang berasaskan penggambaran dalam studio dalam tempoh fasa pemulihan. Ia merangkumi penerbitan episod/ program bersiri dengan durasi 30 minit bagi tujuan tayangan di platform stesen penyiar kerajaan iaitu RTM.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan untuk meransang ekonomi syarikat produksi dan pasca produksi yang memerlukan galakan kewangan bagi penerbitan kandungan dalam studio serta meningkatkan pemilikan IP syarikat bagi tujuan komersial yang memberi pulangan jangka Panjang sekaligus meningkatkan peluang pekerjaan penggiat industri.

Permohonan dibuka mulai 2 Ogos 2021 hingga 16 Ogos 2021.
Sila layari sppik.finas.my untuk permohonan secara online, syarat dan maklumat lanjut.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
latarbelakang_inspirasi
syarat
kaedah bayaran
carta alir inspirasi