“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin menawarkan Dana Penyertaan Dan Promosi Antarabangsa (DPPA) kepada seluruh penggiat industri kreatif yang berminat dan berkelayakan.

Usaha ini adalah merupakan sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh FINAS bagi menyalurkan bantuan dana kepada warga industri dengan memberi peluang dan pendedahan serta mengembangkan bakat melalui penyertaan di festival-festival filem antarabangsa. DPPA ini juga adalah merupakan dana yang diselaraskan di bawah seliaan Bahagian Pemasaran FINAS.

Permohonan DPPA perlu dihantar kepada email marketing@finas.my . Permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Website 1
Webite 2