Petaling Jaya, 3 September – Filem terbitan Tiger Tiger Pictures & 13 Little Pictures yang menggandingkan Nur Fazura dan Remy Ishak buat pertama kalinya di layar perak menerusi ‘Dendam Pontianak’ yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 12 September 2019 ini telah mengadakan tayangan galanya di MM Cineplex, Damansara hari ini. Filem bergenre drama seram mengenai misteri kehadiran wanita yang menjadi pontianak arahan Glen Goei dan Gavin Yap ini turut membariskan pelakon seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Hadir sama pada tayangan perdana ini ialah primadona filem Melayu yang terkenal melalui filem ‘Pontianak’, Dato’ Sri Maria Menado serta seniwati Salmah Ahmad, Gavin Yap pengarah filem, Puan Nor Shahila Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios sebagai pengedar, para pelakon, barisan tenaga produksi, karyawan industri dan pihak media.