Pasir Puteh, 13 Mei – Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Program Ekspresi Negaraku di Padang SMK Sungai Petai, Pasir Puteh pagi tadi. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam menyemarakkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

Pelbagai aktiviti seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik, persembahan artis, pameran daripada jabatan dan agensi turut dilaksanakan sebagai bagi memeriahkan program tersebut.

FINAS juga tidak ketinggalan bersama-sama menyertai pameran interaktif dengan beberapa pengisian seperti eksplorasi bakat generasi muda, promosi kandungan digital E-Heritage dan Mediatheque dan integrasi ilmu industri bersama komuniti 1Malaysia.

#ekspresinegaraku
#negaraku