Bukit Jalil, 9 Sept – YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah hadir memberikan sokongan di ‘Fame Short Movie Award’ anjuran Malaysian Indian Movie Director Association (MIMDA) dan Malaysian Indian Singers Actors Association (MISAA) yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Program yang meraikan karya-karya filem pendek ini telah berlangsung di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), Bukit Jalil dan turut dihadiri YB Puan Kamache Doray Rajoo, Adun Sabai, YB Senator Tuan Suresh Singh serta para penggiat industri.