#LensaFINAS
Kuala Lumpur, 25 November 2022 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan Majlis Sidang Media Kedua Festival Filem Malaysia (FFM32) yang telah diadakan di Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Majlis yang diacarakan oleh Nabil dan Sherry Al Hadad ini diadakan bagi memberi penerangan dan maklumat terperinci berkenaan dengan persiapan penganjuran FFM32 yang bakal diadakan pada 2 Disember 2022 di Encore, Melaka.
Pengerusi FINAS, YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa dalam ucapannya menyifatkan FFM32 sebagai manifestasi kepada usaha kerajaan memperkasakan industri perfileman negara melalui beberapa pembaharuan seperti pengenalan Anugerah khas Filem Antarabangsa melalui penglibatan filem-filem antarabangsa filem dari luar negara.
YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS memberi penerangan berkenaan informasi-informasi terkini Malam Anugerah FFM32 serta pengumuman nama Top 5 kepada yang berjaya tersenarai untuk memenangi kategori yang telah dipertandingkan. Turut dimaklumkan rakan penyiar strategik Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Turut hadir ahli-ahli perbadanan, pengurusan tertinggi FINAS, para penerbit, artis-artis tanahair, rakan media serta tetamu jemputan.
Saksikan secara langsung Malam Anugerah FFM32 di TV2 pada jam 9.00 malam.
#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#FFM32
#FestivalFilemMalaysia32

7