Shah Alam, 19 Januari – Majlis Tayangan Perdana Filem Makrifat Cinta telah berlangsung dengan jayanya di TSR Cinema IRDKL Mall, malam tadi. Filem arahan Kamal G terbitan Dhananwoodd Films Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon-pelakon seperti Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali.

Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar yang berkisarkan konflik yang dihadapi oleh Mahathir lakonan Syamsul Yusof yang sentiasa berusaha keras untuk memenuhi segala kemahuan isterinya (Nabila Huda) dan anak perempuan mereka (Puteri Balqis).

Turut hadir memeriahkan majlis Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang Tengku Dato Hajah Nong Fatimah binti Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, penerbit filem, barisan pelakon, karyawan industri dan rakan-rakan media lain turut hadir memberi sokongan. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Februari depan.

#makrifatcinta