FINAS ingin merakamkan salam takziah ke atas keluarga Allahyarham Tuan Hj Mohd Azmil Bin Dato’ Mustapha ataupun Azmil Mustapha, 65 yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu, 14 Februari 2018 di kediamannya di Shah Alam. Allahyarham akan akan disembahyangkan di Masjid Salahuddin Abdul Aziz Shah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, petang ini.

Pelakon Lelaki Terbaik FFM6 menerusi filem malar segar, Ali Setan ini juga popular dengan filem-filem seperti Mekanik, Kepala Angin, Suara Kekasih, Matinya Seorang Patriot, Pemburu, Driving School dan Eiman Alone.

Semoga Allah terus mencucuri rahmatNya kepada beliau dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah

Al Fatihah