Kuala Lumpur, 16 Jun – Hubungan dua hala antara FINAS dan media hiburan tempatan dikukuhkan lagi hari ini dalam satu penganjuran program sinergi industri dan kerjasama strategik yang berlangsung di Restoran Terapung D’Saji, Titiwangsa. Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob menyokong usaha berterusan pihak media dalam menyampaikan maklumat dan hebahan kepada masyarakat melalui penulisan kreatif samada di media cetak ataupun elektronik. Program ini turut dihadiri Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia, editor-editor hiburan, rakan-rakan media serta pegawai kanan FINAS. Program berakhir dengan majlis iftar dan penyampaian cenderahati kepada media sempena syawal yang bakal menjelang nanti.