Hulu Kelang, 15 Oktober-Di dalam aspirasi pembangunan modal insan bagi penggiat muda industri di dalam komponen seni lakon, FINAS melalui Bahagian Pembangunan Industri sekali lagi menganjurkan Bengkel Lakonan Lanjutan 2018 sebagai platform strategik pemerkasaan ilmu, pembelajaran dan kemahiran peserta yang menjana kepada penerokaan bakat dan potensi mereka. Bengkel Lakonan Lanjutan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman Puan Fauziah Nawi dan Puan Fatimah Abu Bakar ini berlangsung bermula dari 15-19 Oktober 2018 ini di Studio Ah Loke FINAS Hulu Kelang disertai lebih 20 peserta yang rata-ratanya pelakon baharu dan berbakat yang akan diberikan bimbingan oleh tenaga pengajar secara interaktif di dalam menjana potensi mereka sebagai aktor berilmu.