Kuala Lumpur, 14 September -YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS telah dijemput sebagai panelis bagi forum ‘Tech Talent: What’s the Future for Young Talent’ bersempena Program ‘My Digital Maker Fair 2019’ anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Menggariskan peranan kerajaan melalui FINAS bagi memperkasakan karyawan muda industri melalui aspek kesejahteraan polisi dan ekosistem, dana dan insentif, latihan dan inkubasi bakat, peluang pekerjaan dan pemasaran antarabangsa, program ini turut disertai dua orang karyawan muda industri iaitu pengarah filem ‘Motif’, Nadiah Hamzah serta finalis Asean Youth Video Contest 2019, Sharifah Nadirah Syed Nurshadir.