Kuala Lumpur, 30 Januari – Di dalam strategi jaringan serta sinergi industri buat para penerbit tempatan khususnya dari aspek penerbitan dan pemasaran kandungan, Post Production Animation & Creative Content Association Malaysia (POSTAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menganjurkan International Creative Content Conference (IC3) 2019 di WowKL! hari ini.

Dirasmikan YBrs. Encik Abdul Rashid Karim Mohd Razha, Ahli Perbadanan FINAS yang mewakili Pengerusi FINAS, program komponen Festival Filem Malaysia ke 30 (FFM30) ini juga adalah platform eksplorasi ilmu secara interaktif daripada panelis dalam dan luar negara bagi berkongsi perspektif ‘worldview’ kepada para penerbit untuk memperkasakan penerbitan kandungan mereka dan meneroka strategi jaringan pasaran di peringkat antarabangsa melalui konteks ‘film financing’, ‘co-production’ serta ‘trend & technology’.

Turut hadir sama di dalam program ini ialah YBrs. Encik Andrew Tai Wui Charng dan YBrs. Encik Mohan Rao Simancha, Ahli Perbadanan FINAS, YBrs. Tuan Haji Khalid Maulod, Pengarah Pembangunan Industri FINAS, YBrs. Encik Yoki Chin, Presiden POSTAM, Presiden-Presiden Persatuan Perfileman, para penerbit, penggiat industri dan pihak media

Slot-slot bersempena International Creative Content Conference 2019 :

1. Slot: International Collaboration In Animated Featured Film
Panel : Jani Kuronen, Pengerusi Anima

2. Slot: Tapping Into China Funding For Your Projects
Panel : He Qin, Pengarah Urusan / Penerbit A True Film (Beijing) Co. Ltd

3. Slot : VR Application For Movie & Digital Content
Panel : Havene Liew, CEO XR Associates

4. Slot: Do You Need Funding For Your Projects?
Panel : Zahrin Aris, CEO Permodalan Penerbit Filem Malaysia Berhad