FB_IMG_1628168092366

FB_IMG_1628168089414

#LensaFINAS

Dalam aspirasi memastikan sektor industri kreatif dapat digerakkan semula dengan pantas bagi menangani impak negatif wabak COVID-19, KKMM dan FINAS telah mengambil langkah proaktif menerusi pelancaran Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) pada 28 Julai 2020 yang lalu.

Antara strategi di bawah #PELAKSANA ialah menerusi jalinan kerjasama antara FINAS dengan pihak swasta melibatkan stesen televisyen dan penyiar tempatan seperti Sarawak Media Group (SMG) yang telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada 5 Ogos 2021 disaksikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta B Tuan Abdullah Haji Saidol, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Menerusi jalinan kerjasama FINAS dengan SMG ini, produksi tempatan Sarawak juga menerima manfaat melalui tawaran peruntukan sebanyak RM 2,915,000 melibatkan 9 buah projek penghasilan kandungan kreatif merangkumi penerbitan telemovie, drama bersiri, majalah dan hiburan. Penyediaan peruntukan ini juga bakal membuka peluang pekerjaan kepada penggiat industri kreatif Sarawak sekaligus berupaya meningkatkan pembangunan modal insan kandungan kreatif dalam kalangan anak tempatan.

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua