Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin memaklumkan akan pelantikan YBhg. Dato’ Feizal Mustapha sebagai Ahli Perbadanan FINAS. Pelantikan beliau oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia ini adalah untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 13 Mei 2019. YBhg. Dato’ Feizal Mustapha yang kini merupakan Pengerusi Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) mempunyai pengalaman luas selama 25 tahun dalam bidang kewangan korporat, tadbir urus korporat dan pasaran modal negara. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Cardiff Business School, Cardiff University dan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) daripada University of Stirling. Beliau juga adalah ahli felow CPA Australia dan anggota Institut Perakaunan Malaysia, Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia, penilai bertauliah dan pentaksir Institut Penilai dan Pentaksir, Singapura serta sebagai anggota Jawatankuasa Penyenaraian Bursa Malaysia.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)

14 MEI 2019

1