Shah Alam, 7 Ogos – Ketua Pengarah FINAS, YBhg Dato’ Fauzi Ayob hari ini meluangkan masa menziarahi balu dan keluarga Allahyarham Dato’ M Daud Wahid di Sg Kandis, Shah Alam petang tadi. Allahyarham M Daud Wahid yang juga Presiden Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) yang menghidap kanser prostat dan kompilasi jantung telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam di Hospital Shah Alam. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat industri seni tanah air. Turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Pengarah Komunikasi Korporat, En. Mohamad Syimir Alfi Zahari.