Hulu Kelang, 26 April – Penolong Pengarah Kanan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Maizatul Tanty Abd Talib (kedua kiri) bersama Pegawai Teknologi Maklumat FINAS Nadiah Nazurah (kedua kanan) membantu pegawai FINAS menggunakan perkhidmatan MyGovUC di telefon pintar pada sesi Taklimat MyGovUC di Pawagam Mini P.Ramlee FINAS di sini hari ini. Perkhidmatan MyGovUC yang baharu diperkenalkan ini mempunyai perkhidmatan Login Single Sign On (Portal), Outlook Web Access (OWA), Big Mail Transfer (BMT) dan Skype for Business (SFB) menggantikan emel Zimbra yang terdahulu menjadi emel rasmi FINAS untuk penggunaan yang lebih mudah dan cepat. FINAS/Ruffey Rahman/19.