Petaling Jaya, 12 September – Filem bergenre seram romantis ‘Langsuir’ naskhah terbaharu pengarah prolifik, Osman Ali terbitan Guam Teamwork Pictures & Nuansa Film bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 20 September 2018 ini. Menggandingkan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha sebagai teraju utama, filem yang meneroka percintaan dua dunia berbeza selain pengorbanan dan pengkhianatan ini telah turut dibintangi pelakon Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri John, Daaim Jailani dan Naza Manas.

Majlis tayangan gala filem ‘Langsuir’ yang berlangsung tadi di mmcineplexes Damansara ini telah dihadiri oleh para penerbit, pengarah, barisan pelakon dan rakan-rakan media.