#LensaFINAS

Hulu Kelang, 1 Februari 2023 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir bin Ibrahim hadir untuk merasmikan Sambutan Hari Kru Filem Malaysia 2023 anjuran Persatuan Pekerja Profesional Malaysia (Profima) yang diadakan di Dataran Karyawan FINAS Hulu Kelang.

Sambutan ini julung kali diadakan untuk seluruh kru filem tanahair yang terdiri dari pekerja belakang tabir industri perfileman Malaysia.

Antara pengisian semasa sambutan ini adalah taklimat, informasi terkini, pelancaran koperasi Profima Berhad, jamuan makan, persembahan dan laporan hasil rumusan dari Program G20 – Pelan Pembangunan Kru Filem Malaysia 2030. Selain itu, seramai 15 orang kru filem telah menerima Anugerah Profima atas jasa dan sumbangan mereka selama ini.

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia

Hari Kru Filem 2

Hari Kru Filem 5

Hari Kru Filem 3

Hari Kru Filem 4

Hari Kru Filem 1