#LensaFINAS
INANAM, 25 Ogos 2023 – Sekitar Majlis Penutupan Bengkel Penerbitan Filem/Video anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama FTV Productions Sdn. Bhd. melalui Program Pembangunan Modal Insan Industri Kreatif bagi tahun 2023. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada penggiat industri di Sabah telah menghadiri bengkel ini bermula dari 21-25 Ogos 2023 bertempat di FTV Training Hall, Inanam Capital.
Bengkel ini telah dibimbing oleh Encik Abdul Khalid Bin Sulaiman (FDAM) dan dibantu oleh Puan Flora Juanis. Antara topik menarik yang dibincang dan dikongsikan bersama adalah seperti penerbitan produksi, penggunaan kamera, pencahayaan, memahami asas penataan bunyi dan lain-lain lagi serta dijalankan melalui teori dan praktikal.
Majlis Penutupan Bengkel Penerbitan Filem/Video ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohammad Rizal Bin Mohamed Yunus, Pengarah FINAS Borneo. Turut hadir, Cik Drusella Brigit Anak Rijeng, Ketua Unit Kreatif FINAS Cawangan Sabah.
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMadani

369854998_839787490852009_1197323090824512182_n