#LensaFINAS

Bagi mendekatkan agensi dengan pemain industri tempatan, program Sembang Santai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama Penggiat Industri Kreatif Sarawak diadakan pada hari yang sama dengan dihadiri oleh 40 orang penggiat industri kreatif Sarawak yang datang dari latar belakang penerbit, pengarah, pelakon, penyanyi, penulis skrip dan banyak lagi. YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim telah berkongsi tentang penerangan peranan FINAS dibawah halatuju beliau sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk memperkukuhkan ekosistem kreatif di Malaysia. Para jemputan turut berpeluang bertukar pandangan dan cadangan demi membangunkan industri kreatif di Sarawak.

Tarikh: 26 Jun 2022
Masa: 3.00 petang
Tempat: Restoran Little Thai, Kuching, Sarawak
Turut bersama:
1. Encik Mohammad Rizal Mohamed Yunus, Pengarah FINAS Borneo;
2. YBrs. Encik Zulkarnanin Hassan, Ketua Cawangan Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS Sarawak;
3. Pengamal – Pengamal Media;
4. Pegawai-pegawai FINAS.
Filem Kita, Citra Kita.
#FINASMalaysia

1