Hulu Kelang, 11 Jun – Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menganjurkan Majlis Semarak Ramadhan SENIMAN 2018 di Dataran Karyawan FINAS hari ini. Majlis berbuka puasa sambil beramal ini berlangsung dengan pengisian rohani seperti bacaan alunan Al-Quran, solat jemaah dan sesi penyampaian sumbangan kepada anak-anak seniman dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Muhammadiah, Rawang.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, Encik Rozaidi Jamil, Presiden SENIMAN, Presiden-presiden persatuan perfileman, ahli-ahli persatuan perfileman, para penggiat seni.