10

Harga : RM 44.00
Sinopsis :
Merupakan sebuah buku adaptasi filem yang menceritakan tentang pembikinan filem tersebut dari semua penglibatan sehingga terhasilnya sebuah filem aksi Impak Maksima. Buku Pembikinan Filem Impak Maksima menjelaskan tentang pelbagai aspek iaitu bermula daripada pra-produksi, dan produksi sehingga filem tersebut ditayangkan. Filem Impak Maksima merupakan filem tempatan pertama yang mengetengahkan permainan automatif khususnya aksi drag dan drift seperti filem Hollywood The Fast The Furious serta sekuelnya. Buku ini turut menyentuh tentang kehebatan elemen pemotoran yang ditonjolkan secara realistik menggunakan teknik khas imej janaan komputer (CGI).