Petaling Jaya, 20 Mac – Persatuan Dokumentari Malaysia (Mydocs) dengan kerjasama NHK World Japan telah menganjurkan tayangan filem dokumentari menerusi program ‘Inside Lens’ dokumentari showcase.Program yang diadakan di Kuash Theatre, TTDI menampilkan 2 buah filem dokumentari bertajuk ‘Rising from Shadows’ dan ‘The Man with 12 Wives’ diikuti dengan sesi soal jawab bersama dengan Pengarah ‘Rising from Shadow’, Norhayati Kaprawi.Hadir sama pada program tayangan ini Encik Harun Rahman, Presiden MyDocs, Puan Lina Teoh, Pengarah Eksekutif MyDocs, penggiat industri dan khalayak filem.