Putrajaya 6 September – Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik kerajaan bersama kerajaan (G2G) di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan FINAS, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah memenuhi jemputan dari YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan untuk bertemu dan mengadakan perbincangan bersama beliau di Putrajaya hari ini. Pertemuan dua hala ini turut meneroka aspek pembangunan modal insan, pembudayaan sinema dan inkubasi bakat serta yang berkaitan melalui peranan strategik kedua-dua pihak.