Di dalam aspirasi pembangunan komuniti kreatif dan sinergi ilmu bersama rakyat, FINAS melalui Unit Promosi dan Unit Mediatheque telah bersama-sama turun padang bersempena Program Fiesta Sehati @RTM yang diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor dari 29-31 Mac 2018 yang dirasmikan YAB Dato’ Seri Hj. Mohamed Khalid Nordin, Menteri Besar Johor.

Di antara pengisian interaktif yang diadakan termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah penyanyi dan pelakon muda, Nabila Razali.