Hulu Kelang, 12 Oktober 2017 – Program Siri Promosi Sijil Kemahiran Malaysia – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu ( SKM-PPT) anjuran FINAS telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS yang diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS. Dilantik sebagai Badan Peneraju Industri atau ‘Industry Lead Body’ bagi bidang Industri Kreatif oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia, FINAS melalui platform sinergi industri telah berjaya menjalankan beberapa program pembangunan kemahiran dan berjaya menjalankan 200 Pensijilan SKM-PPT pada tahun 2016.

Berobjektifkan pemerkasaan dan pembangunan modal insan serta profesionalisme tenaga mahir di dalam industri kreatif, ia adalah manifestasi kepada pelan jangka panjang bagi menaiktaraf kualiti industri melalui pensijilan formal. Menurut Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, inisiatif bersama FINAS dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia ini mampu menjana kepada proses pembangunan ilmu dan kemahiran penggiat industri melalui Sijil Kemahiran Malaysia-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) yang dikendalikan tenaga pakar industri di dalam bidang perfileman dengan kerjasama persatuan perfileman seperti PROFIMA dan MySC.

Majlis juga turut menyaksikan penerimaan sijil-sijil kemahiran kepada 15 orang penerima yang menerima pengiktirafan. Di antara penerima-penerima sijil ialah :

1. En. Akma Suriati Awang – Perkhidmatan Kostum
2. En. Ahmad Faiz Omar – Perkhidmatan Kostum
3. En. Wan Ayumi Yusof – Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D
4.En. Amir Hamzah Hashim – Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D
5. En. Mohd Asrol Sani Othman – Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D
6.En. Shamsaimun Ezil – Perkhidmatan Sokongan Animasi 2D
7.En. Mohd Azhar Ismail – Video/Filem (Penyuntingan)
8. En Isazaly Mohamed Isa – Video/Filem (Penyuntingan)
9. Pn. Rosliana Roslie – Video/Filem (Penyuntingan)
10. En. Abd Samad Hassan – Video/Filem (Penyuntingan)
11. Hakmal Rabah Mustapha Kamal – Video/Produksi Filem (Pengambaran)
12. Pn. Azlina Mohd Aris – Seni Solekan
13. Pn. Siti Rohani Dolah – Seni Solekan
14. Pn. Siti Rohani Dolah – Seni Solekan
15.En. Mohd Hashim Sakiri – Fotografi

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBrs. Tn. Hj. Khalid Maulod, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS, YBrs. Puan Fazlina binti Mohamad Razali, Penolong Kanan Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Pengarah-pengarah Bahagian FINAS, wakil-wakil Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Cyberjaya, penggiat-penggiat Industri Kandungan Kreatif dan para pegawai FINAS.