Petaling Jaya, 14 November – Seramai 60 pegawai kanan terdiri daripada ketua-ketua jabatan di Daerah Muallim, Perak yang diketuai oleh YBrs. Puan Nor Sham Rahman, Pegawai Daerah Muallim berpeluang menyertai program sinergi industri di FINAS Petaling Jaya petang tadi. Program komuniti luar bandar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan makluman berkaitan Museum of Moving Image (MOMI), Mediatheque dan E-Heritage selain daripada perkongsian maklumat berkaitan fungsi FINAS dalam memajukan industri kreatif negara.

Deligasi turut sama berkongsi pengalaman dan eksplorasi bakat bersama pelakon dan pengacara Sharifah Shahira dan Faizal Ismail. Terdahulu, sesi penyampaian maklumat mengenai fungsi FINAS telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat, En. Mohamad Syimir Alfi Zahari.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Dihormati Toh Paduka Setia Dato’ IR Dr. Safry Kamal Bin Haji Ahmad, Orang Besar Jajahan Daerah Muallim, YB Dato’ Mohd Khusairi Abd Talib, Pengerusi FINAS, pegawai-pegawai kerajaan, para pegawai FINAS dan tetamu jemputan.