Kuching, 16 September 2019 – Semangat ‘Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih’ menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia 2019 dengan kehadiran lebih 7,000 orang membanjiri Stadium Perpaduan, Kuching dengan berlangsungya pelbagai acara sempena meraikan ulang tahun ke-56 pembentukan Malaysia, malam ini.

Sambutan penuh bermakna ini diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Srawak, YBhg. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, YAB Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib serta sebagai tetamu kehormat serta Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, YBhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Antara tetamu kenamaan lain yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta suami, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg serta isteri, YBhg. Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal serta isteri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Gobind Singh Deo, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tuan Eddin Syazlee Shith, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. En Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dan tetamu jemputan yang lain.