Sekalung tahniah buat filem tempatan, ‘Fly By Night’ arahan Zahir Omar yang telah dinamakan sebagai salah sebuah daripada 20 buah filem terbaik dari rantau Asia Tenggara (ASEAN) untuk tahun 2019 oleh laman online perfileman global, Asian Movie Pulse. Sepanjang tahun 2019 ini, filem bergenre aksi drama yang dibintangi Sunny Pang, Jack Tan, Ruby Yap, Fabian Loo, Frederick Lee, Bront Palarae dan ramai lagi ini telah mewakili Malaysia dengan menembusi pencalonan Filem Terbaik (In Competition) di Bangkok ASEAN Film Festival (Thailand) dan 7th QCinema International Film Festival (Filipina) selain ‘Official Selection’ di New Zealand International Film Festival (New Zealand), New York Asian Film Festival Winter Showcase (USA), Santa Barbara International Film Festival (USA), Udine Far East Film Festival (Itali) dan Barcelona Asian Film Festival (Sepanyol).

SEKALUNG TAHNIAH BUAT FILEM TEMPATAN, FLY BY NIGHT