Sekalung Tahniah buat filem ‘Vedigundu Pasangge’ (Rowdy Folks) arahan Dr. Vimala Perumal yang merangkul anugerah Lakonlayar Terbaik (Best Mediterrani Writing/Screenplay) buat dirinya dan Denes Kumar di Barcelona Planet Film Festival 2018, Sepanyol pada hujung Disember 2018 yang lalu. Filem terbitan Veedu Production yang mencatat sejarah tersendiri sebagai filem Tamil tempatan terlaris dengan meraih kutipan lebih RM1 juta ini juga memahat nama Dr. Vimala sebagai calon akhir bagi kategori Pembikin Filem Wanita Terbaik.

Filem bergenre komedi drama yang ditunjangi gandingan aktor popular Denes Kumar dan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 29, Sangeeta Krishnasamy selain Thangamani Velayudan, David Anthony, Seelan Manoheran, Kuben Mahadevan, Vikadakavi Magen, Alvin Martin dan ramai lagi ini bergenre komedi dan drama yang disulami elemen konflik, percintaan, kekeluargaan, persahabatan selain sosio budaya masyarakat Tamil yang penuh warna warni. Ditayangkan di 53 buah pawagam tempatan bermula 26 Julai 2018, filem yang turut menembusi pasaran UK, Singapura dan India ini adalah pelengkap trilogi siri Pasangge selepas ‘‘Vilaiyaatu Pasange’ (2011) dan ‘Vetti Pasanga’ (2014).

1

2

3