Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin menawarkan Dana Pemameran Dan Promosi (DP2) kepada seluruh penggiat industri kreatif yang berminat dan berkelayakan.

Usaha ini adalah merupakan sokongan berterusan yang ditunjukkan oleh FINAS bagi membantu penggiat industri berpotensi untuk pemasaran dan pengedaran filem cereka bagi meningkatkan jumlah penontonan dan kutipan hasil penontonan pawagam. DP2 ini juga adalah merupakan dana yang diselaraskan di bawah seliaan Bahagian Pemasaran FINAS.

Permohonan dibuka bermula Mei 2025 sehingga 30 November 2025 (tertakluk kepada jumlah bilangan siling penerima dan baki peruntukan tahun semasa). Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Urusetia Unit Penerbitan, Bahagian Pemasaran ditalian 03-41041320 / 1370 / 1366 atau email kepada dp2@finas.my

QR BORANG DP2


NEW BORANG PERMOHONAN DANA PEMASARAN (PEMASARAN & PENGEDARAN) (1)