PENDAHULUAN

  1. Penjenamaan adalah komponen penting bagi pelan komersil untuk projek filem dan TV.
  2. Produk filem dan TV yang mempunyai penjenamaan yang kukuh akan memberi pulangan yang berpanjangan kepada penerbit:-
    • Menghasilkan siri yang berterusan (sequel)
    • Melahirkan projek industri kreatif yang berkualiti tinggi yang dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa
    • Mendapat hasil jualan dari punca perniagaan lain (penjualan barang mainan, jenama pada produk pakaian /makanan dan lain lain)/ merchandising
    • Investment index” akan meningkat bagi syarikat syarikat yang mempunyai produk berjenama (high viewership, high new media follower)
  3. Keberhasilan utama adalah untuk meningkatkan hasil jualan tempatan dan eksport produk filem dan TV melalui penjenamaan.
  4. Selain itu, produk kandungan kreatif tempatan seperti filem cereka, animasi, drama TV dan dokumentari semakin mendapat perhatian diperingkat antarabangsa.

OBJEKTIF

Dana ini diwujudkan adalah untuk membantu syarikat –syarikat produksi filem dan TV tempatan menceburi bidang berkaitan penjenamaan (licensing & Merchandising).

SKOP DAN KUMPULAN SASAR

Skop Projek

  • Dana Pembangunan ini khas untuk syarikat produksi filem dan TV bagi kategori Filem Cereka, Dokumentari, Drama dan Animasi.Syarikat yang memohon dana ini dikehendakki menyediakan:-
  • R&D dalam penjenamaan
  • Penyediaan “Style Guide”- yang merupakan buku panduan bagi produk merchandising sesuatu filem cereka, animasi, drama TV atau dokumentari.
  • Menghadiri pasaran dan expo penjenamaan di luar negara seperti Las Vegas Licensing  Expo & Hong Kong Licensing 
  • Yuran Guaman dan lain-lain perkara yang berkaitan urusan guaman dan daftar Hak Harta Intelek.Kumpulan Sasar merupakan Syarikat Pengeluar :-
  • Filem Cereka
  • Animasi
  • Drama TV
  • Dokumentari

SYARAT DAN  KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Syarikat/Projek yang terpilih dikehendakki memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :-

  • Produk Tempatan :
  • Kategori Filem Cereka
  • Kategori Animasi
  • Kategori Drama TV
  • Kategori Dokumentari
  • Syarikat milikan Malaysia (+51%).
  • Projek yang masih lagi berterusan untuk tahun semasa atau projek yang dapat disiapkan bagi tahun semasa dipohon.
  • Mempunyai lesen FINAS (Lesen PF/ Lesen PV).
  • Tertakluk kepada hanya satu syarikat bagi satu produk.
  • Syarikat/produk yang tiada perintah mahkamah.
  • Produk yang dimohon merupakan produk sekuel dimana projek pertama telah berjaya.
  • Syarikat yang berjaya menerima dana ini dikehendakki melaporkan hasil jualan Licensing & Merchandising yang telah diniagakan.