Sesi Kunjung Hormat Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah diadakan bagi membincangkan strategi dinamik penglibatan belia di dalam industri kreatif bagi mengukuhkan perkembangan seni kreatif tempatan. Hadir mempengerusikan sesi kunjung hormat ialah YBrs. Tuan Shakib Ahmad Shakir, turut hadir, Pemangku Ketua Pengarah FINAS, Tn Hj Khalid Maulod, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, Puan Rozitawaty Radzuan, Pengarah Bahagian Pengurusan Produksi, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agong MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM, Cik Atiqah Amira Mohd Noor, Penolong Pengarah Komunikasi Korporat FINAS serta exco-exco MBM.

1

2