#LensaFINAS

Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan barisan kepimpinan Persatuan Creative Content Industry Guild (CCIG) yang diketuai Pengerusi, YBhg. Dato’ Jurey Latiff Rosli, Setiausaha Kehormat Puan Rahimah Muda, Bendahari, Encik Kamil Khan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa di FINAS Petaling Jaya semalam. Selain percambahan idea dan input secara langsung berkaitan pemerkasaan industri dari perspektif penggiat dan ahli persatuan, platform komunikasi strategik di antara FINAS dan persatuan perfileman ini turut memberi ruang kepada penerokaan cadangan dan potensi kerjasama di dalam membangunkan industri secara kolektif.

55529863_1921728691272558_4845607181661241344_n

55680276_1921728731272554_7472195376422846464_n