FINAS ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada filem cereka animasi tempatan pecah panggung, ‘Boboiboy Movie 2’ (BBM2) arahan Nizam Razak yang berjaya meraih dua buah anugerah iaitu Poster Terbaik dan Teaser Trailer Terbaik hasil daripada undian komiti dan juri profesional di festival filem antarabangsa, Laurus Film Festival yang berlangsung di Rusia. Terdahulunya, filem terbitan Monsta Studio ini telah menembusi seleksi pencalonan akhir bagi kategori Filem Animasi Terbaik di Florence Film Awards yang akan berlangsung di Tuscany, Itali selain tersenarai bagi kategori Animasi 3D Terbaik di New York Animation Film Awards 2020 (NYAFA) di Amerika Syarikat yang lalu.

TAHNIAH BOBOIBOY MOVIE 2