FINAS ingin mengucapkan tahniah buat filem dokumentari pendek tempatan, ‘Aku Mau Skola’ (I Want to Go to School) karya pembikin filem wanita muda berbakat besar, Putri Purnama Sugua yang telah memenangi tempat kedua dalam kategori Filem Dokumentari Terbaik di festival filem berprestij tertua di Iran, 49th Roshd International Film Festival. Diumumkan pada malam anugerah pada 23 November yang lalu di Tehran’s Artistic Bureau yang dihadiri Menteri Pendidikan Iran, Mohsen Haji Mirzaei, filem ‘Aku Mau Sekola’ yang mengangkat isu pendidikan, masa depan, perjuangan dan kemanusiaan anak-anak tanpa negara (stateless) ini terdahulunya telah menembusi tayangan antarabangsa (Official Selection) di Southeast Asia and Seattle Film Festival, Amerika Syarikat, Global Migrant Festival, Singapura dan Nuremberg International Human Rights Film Festival di Jerman.