FINAS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah buat penerbitan animasi tempatan yang terus mengharumkan nama negara melalui pencapaian di platform antarabangsa iaitu New York Animation Film Awards 2020. ‘AstroLOLogy-Cancer-Tender Loving Care’ arahan Ken Foong terbitan Lemon Sky Studios telah diumumkan sebagai Animasi Terbaik untuk Siri Televisyen/Web manakala filem cereka animasi pecah panggung 2019, BoBoiBoy Movie 2′ arahan Nizam Razak telah dinominasi (In Competition) sebagai finalis kategori Animasi 3D Terbaik dan filem animasi pendek berbahasa Kadazan, ‘Legend of Ancient Borneo’ arahan Geoffrey Sinn daripada All-For-One Production turut tercalon sebagai finalis (In Competition) bagi kategori Animasi Pendek Terbaik. Ditubuh dan dikendalikan ‘Cinematography Awards Foundation’, NYAFA ini menonjolkan karya animasi terbaik seluruh dunia dengan tayangan serta majlis anugerah bakal diadakan pada 1 Julai 2020 di Dolby New York, Amerika Syarikat.

1

2