Selaras aspirasi pemerkasaan industri kandungan kreatif melalui teras pembangunan modal insan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Unit Latihan Industri mempelawa syarikat yang berlatar belakangkan industri kandungan kreatif dan penyedia latihan modal insan bagi menganjurkan program modal insan melibatkan komponen-komponen dalam bidang pra-produksi, produksi dan pasca produksi serta komponen lain yang bersesuaian berdasarkan program-program seperti berikut:-

1. Masterclass: Dream Bigger

2. Program Komuniti@FINAS (KoFI)

3. Program X Factor

4. Borneo’s Creative Hours

5. Program Inkubator (Domestik & Antarabangsa)

Permohonan melalui secara dalam talian di alamat SPPIK.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Latihan Industri FINAS di talian 03-7968 2151 / 03 7968 2106 / 03 7968 2112 atau melalui emel di latihanperfileman@finas.my

MAIN POSTER - DESIGN 3 hi res