Sekitar program Tayangan dan Bual Santai yang bertemakan Magis Gambar Hidup anjuran Wayang@Budiman di Pusat Kajian dan Apresiasi Filem, Shah Alam.

Menampilkan filem yang diterbitkan sekitar tahun 2004 berjudul “Electric Shadows”. Melodrama dari tanah besar China arahan Xiao Jiang ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bertemu kembali dengan rakan sepermainannya dahulu ketika mereka membesar menonton wayang pacak ketika Revolusi Budaya di pedalaman China.

Hadir sama dalam program perkongsian dan sinergi ilmu ini ialah Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater & Animasi (FITA) UiTM, pelajar-pelajar perfileman dan pencinta filem.