Tayangan istimewa filem The Kid From The Big Apple 2 sumbangan WECONNECT telah diadakan di Golden Screen Cinemas Pavillion Kuala Lumpur memberi peluang kepada penggiat seni dan peminat untuk menyaksikan filem kedua dari sequel The Kid From The Big Apple 2 (TKFTBA2) arahan Jess Teong yang mengisarkan tentang isu kekeluargaan yang semakin berat apabila datuk (Ti Liung) menghadapi penyakit dementia. Namun, kebijaksanaan pengarah Jess Teong dalam memberi sentuhan plot yang menarik memberi impak yang besar dalam filem ini apabila cucunya bernama Sarah (Tan Qin Lin) dan Sophia (Debbie Goh) ibu kepada Sarah sangat kuat menghadapi cabaran-cabaran hidup berkeluarga dengan memberi tumpuan untuk membina kebahagiaan berbanding memfokuskan pada cabaran kehidupan mereka.

Majlis diraikan oleh para peminat dan pengunjung dapat beramah-mesra bersama pengarah dan juga para pelakon filem. Barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Ti Lung, Tan Qin Lin, Debbie Goh, Shaun Tan dan Jason Tan. Saksikan tayangan perdana di pawagan seluruh Malaysia bermula 16 November 2017.