Putrajaya, 9 Julai-YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia hari ini telah merasmikan TVET Conference 2019: Human Capital Development to Enhance Future Skills di Hotel Marriot, Putrajaya. Platform jaringan industri bagi memperkasakan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang turut dihadiri YB Tuan M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia ini telah menjana perkongsian idea, isu dan cadangan melalui sesi dialog ketua-ketua eksekutif pelbagai sektor bersama Perdana Menteri. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mewakili sektor industri kreatif melalui fungsi FINAS sebagai badan peneraju industri (ILB) telah menggariskan cabaran dan keperluan meningkatkan kebolehpasaran, daya saing, akreditasi dan pengiktirafan di dalam halatuju pembangunan modal insan berasaskan TVET.