Shah Alam, 13 September – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem telah menganjurkan Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Shah Alam bersempena apresiasi 100 tahun sinema Filipina menerusi slot Seabad Wayang Filipina. Meneroka perspektif ilmu karya sutradara wanita di era emas kedua sinema Filipina iaitu Marilou Diaz-Abaya menerusi filem ikonik ‘Karnal’, ia berkisarkan tentang konflik kekeluargaan dan kemasyarakatan yang berlaku disebuah perkampungan di Mulawin. Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM ini telah dihadiri oleh para pensyarah, pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi perspektif mereka terhadap filem ini.