Putrajaya, 22 Mei – YB Tuan Gobind Singh Deo yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini secara rasmi hadir memulakan tugas beliau pagi ini di Kompleks KKMM Putrajaya bagi sesi perjumpaan dan taklimat bersama barisan pengurusan tertinggi KKMM dan ketua-ketua jabatan dan agensi.

Beliau yang disambut Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad kemudiannya telah memberikan amanat dan aspirasi beliau kepada barisan kepimpinan tertinggi KKMM dan agensi-agensi di bawahnya. Sesi taklimat ringkas mengenai operasi Kementerian telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM. Turut hadir ialah YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS, ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKMM.