Hulu Kelang, 25 Mei- Majlis Perhimpunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Bil 2/2018 telah berlangsung pagi ini di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS Hulu Kelang dengan dihadiri barisan pengurusan tertinggi dan para penjawat FINAS.

Di dalam amanat ucapannya, Ketua Pengarah, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob telah mengucapkan tahniah dan menyatakan sokongan padu FINAS kepada kerajaan yang diberi mandat di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri ke 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. “Sebagai tonggak perkhidmatan awam, para penjawat FINAS perlu menzahirkan misi, aspirasi dan halatuju kerajaaan di dalam menjana perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat” ujar beliau lagi.

Di dalam perhimpunan yang dihadiri hampir 200 penjawat tersebut, Ketua Pengarah telah menegaskan kepentingan penjawat untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak terpalit dengan gejala rasuah, korupsi, fitnah, salah laku dan penyelewengan yang memberi kesan negatif kepada kualiti perkhidmatan awam.

Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang disambut, program jaringan ilmu dan kerohanian, Ihya’ Ramadan bersama penceramah jemputan PU Taha turut mengisi slot perhimpunan FINAS turut diadakan bertajuk “Ramadhan Menggamit Kasih Sayang Allah SWT”.

Hadir bersama dalam majlis perhimpunan ialah YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, YBrs. Tuan Hj Mohd Zulkifli Ab. Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal.