Pasir Puteh, 22 April- Di dalam insiatif menghubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat serta pembangunan komuniti kreatif, FINAS telah turun padang menyertai Program Negaraku: Menghubung Menyatu dari 20-21 April 2018 di SK Tualang Tinggi,Selising, Pasir Puteh, Kelantan anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang disempurnakan oleh YB Dato’ Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah YBhg Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Di antara pengisian interaktif yang diadakan di booth FINAS termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu, kuiz perfileman selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah pelakon Oktovia Manrose.

Beraspirasikan penyampaian perkidmatan kerajaan kepada rakyat melalui komunikasi strategik dua hala khususnya di kawasan luar bandar, program yang melibatkan jaringan agensi-agensi kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu melalui komponen program interaktif yang disediakan.