Kuala Lumpur, 18 Ogos -Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sekali lagi berganding bahu dalam penganjuran program perkongsian ilmu dan pembangunan apresiasi sinema melalui program Bicara Filem KLSF: Perspektif Pembikin Filem (Siri Pengarahan Filem) yang diterajui oleh pengarah dan karyawan filem, U-Wei HjSaari di KLFS, Wangsa Melawati.

Menampilkan filem pecah panggung 2015, Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar yang turut hadir bagi sesi perkongsian ilmu dan apresiasi sejurus tayangan filem ini, ia telah dikupas secara ilmiah daripada perspektif pembikinan & pengarahan, falsafah, cabaran, aspirasi dan impak kepada penonton.

Filem yang bergenre aksi drama ini membariskan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik, Hushairi Hassan, Nora Danish dan Eyka Fahana. Turut hadir di program Bicara Filem adalah para karyawan filem dan penggiat industri, pensyarah dan pelajar perfileman serta pencinta filem