16 Mac, Kuantan-Di dalam inisiatif pembangunan modal insan dan sinergi ilmu karyawan industri khususnya generasi muda, Yayasan Perdana Ummah dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) melalui Unit Latihan Industri menganjurkan Bengkel Penerbitan Filem Pendek di Kem BTN Bukit Sagu di Kuantan, Pahang.

Menggunakan medium ‘smartphone’ bagi penerbitan filem pendek di bawah bimbingan pengarah dan karyawan filem tanahair, Ghaz Abu Bakar, ia memberi pendedahan secara interaktif kepada para peserta yang terdiri dari golongan belia dan guru multimedia yang mempunyai potensi bagi digilap di dalam industri kreatif ini.

Dirasmikan YBhg. Dato’ Rizal Mansor, Pengerusi Yayasan Perdana Ummah yang telah menyatakan kepentingan belia di dalam memacu pembangunan negara melalui eksplorasi daya kreativiti mereka, program pembangunan modal insan ini yang bermula dari 17-18 Mac 2018 ini akan turut meneroka komponen penceritaan, penulisan kreatif dan pengarahan.