Hulu Kelang, 24 September – Di dalam aspirasi pembangunan industri filem melalui strategi pemasaran dan eksport kandungan selain pelaburan dalam negara, YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS telah mempengerusikan sesi taklimat penyertaan delegasi Malaysia ke program perdagangan dan pasaran kandungan global, MIPCOM 2019 yang dijadualkan pada 14-17 Oktober di Cannes, Perancis. Objektif utama sesi taklimat ini diadakan sebagai perkongsian strategik dua hala berkenaan misi, agenda, logistik, persediaan dan program-program utama bersempena MIPCOM 2019 ini kepada syarikat-syarikat produksi tempatan yang berpayung di bawah delegasi Malaysia.