Hulu Kelang, 15 Ogos –Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia – PTVM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama FINAS hari ini mengadakan Taklimat dan Dialog SPRM Bersama Penggiat Seni di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang bagi membanteras gejala rasuah dalam kalangan penggiat industri di negara ini. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Haji Samad Kasah.

Program ini dilaksanakan bagi membanteras gejala rasuah dikalangan penggiat industri kreatif tanah air dalam menangani isu ‘duit tepi’ bagi mendapatkan sesuatu projek siaran di televisyen. Peluang berkongsi input bersama pihak SPRM ini dimanfaatkan hampir 150 ahli PTVM yang hadir sama bagi menyertai juga Mesyuarat Agung PTVM.
Turut hadir sama dalam program ini ialah YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato’ Jurey Latif Rosli, Presiden PTVM, En. Othman Hafsham, Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), warga industri dan rakan-rakan media.

Senarai penuh Jawatan Kuasa PTVM bagi penggal 2017 – 2020 adalah seperti berikut:

Presiden: Datuk Jurey Latiff Rosli
Timbalan Presiden: Richard Ung
Naib Presiden: Datuk A. Aida
Setiausaha Kehormat: Yusof Kelana
Penolong Setiausaha: Taha Wahid
Bendahari: Datin Wendy Wong
Ahli Jawatan Kuasa
1. Shahrizan Md. Isa
2. Farid Khaleeque
3. Muktar Paduai
4. Omar Ahmad
5. Datuk TS Jeffry
6. Zakaria Angsary
7. Arifful Ahmadi