Mutiara Damansara, 27 April 2015 – Hari Hak Harta Intelek 2015 telah diadakan di Cathay E-Curve Damansara. Tema pada tahun ini ialah “Get up, Stand up, For Music.” Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Mr. Frank Rittman dari MPA, disusuli oleh Puan Khalidah Mohd Darus dari FINAS, En. Norman Abdul Halim dari  RIM dan mesej video yang disampaikan oleh Dato Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Puan Khalidah Mohd Darus, Timbalan Ketua Pengarah FINAS mewakili pihak industri filem tempatan didalam ucapannya menegaskan bagaimana muzik merupakan bahan tetap yang sangat penting di dalam pembikinan filem serta kepentingan menghormati harta intelek bagi mana-mana industri  kreatif dan terutamanya untuk industri filem secara keseluruhan. “Kita perlu melindungi integriti kerja asal supaya orang lain tidak mengubah atau memanipulasi sesuatu karya”, kata Pn. Khalidah. Beliau juga memaklumkan mengenai inisiatif terbaru FINAS dengan penubuhan Content Malaysia Pitching Centre yang terletak di Platinum Sentral, KL Sentral.

Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran klip video oleh selebriti dimana ia merupakan treler baru untuk Anti-Camcord bagi semua pawagam tempatan.

Photo Gallery
[wonderplugin_gallery id=”1″]

Text: Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto: Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat